Sabtu, Disember 18, 2010

INSENTIF CUKAI SEKTOR PERLANCONGAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai khazanah berharga dan daya penarik yang memenuhi citarasa setiap pengunjung tanpa mengira pelancong tempatan mahupun luar negara. Selain itu, negara kita juga kaya dengan destinasi perlancongan yang menarik seperti perlancongan eko, homestay, warisan sejarah, pantai dan pulauyang indah. Ini ditambah pula dengan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dengan pelbagai budaya yang unik. Aktiviti perlancongan semenagnya boleh meningkatkan ekonomi negara dengan kemasukan pelancong antarabangsa.

Tahun 2009, sektor perlancongan menyumbang RM115 bilion kepada Kadar Keluaran Kasar Nagara (KDNK). Sebagai pemangkin kepada sektor itu, banyak insentif cukai ditawarkan oleh pihak kerajaan selari dengan hasrat untuk membangunkan sektor perlancongan. Antara insentif yang merupakan galakan kepada sektor tersebut meliputi:
  • Taraf Perintis (TP)
  • Elaun Cukai Pelaburan (ECP)
  • Elaun Pelaburan Semula (EPS)
  • Lanjutan Tempoh Insentif untuk Kawan Digalakkan
  • Potongan Cukai Dua Kali
  • Perlancongan Domestik dan Perlancongan Berkumpulan
  • Perlumbaan Kereta dan Motorsikal Bertaraf Antarabangsa
  • Penyedia Perkhidatan jagaan Kesihatan
  • Insentif untuk Bot dan Kapal Layar Mewah
  • Pameran Perdagangan dan Persidangan Antarabangsa
  • Elaun Bangunan Industri
  • Insentif Kenderaan
  • Lain-Lain Insentif
Petikan dari ruangan Pengurusan Cukai
halaman 47 isu 66

oleh Salihin Abang

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI