Semalam telah berlangsung aktiviti Network@Tuan Rumah. Kali ini bertempat di premis milik Raimi Jaafar yang terletak di Kompleks Azman Hashim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Aktiviti yang dihadiri oleh 10 usahawan dan bakal usahawan berlangsung dalam suasana ceria dan santai.
Network@Tuan Rumah adalah aktiviti anjuran majalah USAHAWAN SUKSES. Ia diadakan bertujuan untuk meluaskan jaringan para usahawan bukan hanya dikalangan pemain dalam industri yang sama. Matlamat utama adalah supaya setiap peserta tidak kira yang sudah mempunyai perniagaan atau sedang memcari peluang membuka perniagaan, dapat berkenalan dengan pelbagai usahawan dalam pelbagai industri. Peserta yang hadir bukan sahaja didedahkan maklumat perniagaan yang diadakan oleh rakan usahawan malah turut menerima maklumbalas langsung. Sehingga kini, aktiviti Network@Tuan Rumah sudah tiga kali diadakan.
Terima kasih kepada Raimi Jaafar atas kesudian menyediakan tempat untuk aktiviti ini. Di akhir aktiviti Network@Tuan Rumah, beliau turut menyatakan hasrat bekerjasama dengan mana-mana usahawan yang ingin membuat jualan di hadapan kedainya.
Bagi mana-mana usahawan yang ingin menjadi tuan rumah boleh email ke komunitius@gmail.com. Bagi mereka yang berminat untuk turut serta, sila lihat pada event yang akan dinyatakan di facebook USAHAWAN SUKSES dari masa ke semasa. Malah, networking ini berterusan melalui laman facebook (group) Komuniti Usahawan Sukses (lihat link, http://www.facebook.com/pages/USAHAWAN-SUKSES/158068709009?ref=ts#!/home.php?sk=group_167301523300153).
Setiap kali, kami akan bawakan aktiviti ini LIVE melalui Twitter dan dipaut terus ke facebook.


