Walaupun perubahan ini perlu bagi lonjakan ekonomi negara menjelang 2020, namun tidak dinafikan 'race against the time' akan menyebabkan sesiapa yang lambat akan ketinggalan. Hakikat ini harus diterima oleh semua pihak. Sekarang bukan masanya untuk kita menuding jari atau menyalahkan sesiapa atas 'keterbelakangan' kita dalam arus ekonomi. Sekarang adalah masa untuk kita merebut peluang.
Peluang ada apabila kita melihat hala tuju ekonomi negara dari Helicopter View. Apabila kita lihat 'dibawah', sudah terbentang 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan di sekitarnya sudah ada 131 Projek Permulaan (EPP) yang sedia untuk dilancarkan. Malah dari Helicopter View itu juga anda tahu di ufuk adalah tiga objektif utama dalam Model Baru Ekonomi.
Persoalannya, bagaimana untuk kita, usahawan yang tidak mempunyai cukup resources menembusi dan merebut peluang yang ada dalam 12 NKEA itu?
Tidak ada cara lain, anda harus bangun dari kerusi yang anda duduki sekarang dan keluar meluaskan jaringan. Hanya melalui jaringan anda akan berjumpa peluang. Malah, melalui jaringan-jaringan baru ini anda akan berjumpa dengan seorang atau dua usahawan yang mahu bekerjasama. Malah, andai anda menemui peluang itu, kongsilah ia dengan raka-rakan usahawan yang lain. Bergerak dalam kumpulan yang besar lagi besar impaknya dari bergerak bersendirian.
Ayuh, rakan-rakan usahawan. Mari kita sama-sama gembleng tenaga untuk mencari, merebut seterusnya melaksanakan peluang. Mentaliti hasad dengki dan berburuk sangka hanya akan merugikan. Malah, sikap itu hanya akan menyebabkan mereka lagi jauh ketinggalan. Marilah kita bulatkan tekad untuk sama-sama maju dan berdaya saing.
MIMI SALLEH
Penerbit/Editor
