PROFIL KORPORAT

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Big Step Communication mengambil alih sepenuhnya pengurusan syarikat dan pengendalian majalah USAHAWAN SUKSES pada tahun 2008. Berpegang pada visi, misi dan nilai korporat yang sama beberapa pendekatan yang lebih strategik dan holistik telah dilaksanakan. Ini termasuklah kerjasama dengan lebih banyak agensi, jabatan, organisasi dan syarikat-syarikat yang mempunyai matlamat pembangunan usahawan.




VISI
Menjadi majalah perniagaan dan keusahawanan yang terunggul di Malaysia

MISI
Membina dan membangunkan komuniti generasi niaga yang lebih cemerlang melalui pembudayaan perniagaan dan keusahawanan yang lebih bersepadu

NILAI KORPORAT
Memberi sumber perniagaan dan keusahawanan yang diyakini
Memaparkan realiti bisnes dari kacamata usahawan yang sukses
Meluaskan jaringan dengan para usahawan dalam usaha perkongsian peluang dan penjenamaan produk




      PIHAK PENGURUSAN

      Mimi Salleh
      Penerbit & Editor
      Mempunyai pengalaman menulis secara komersil semenjak tahun 1998, beliau mengambil alih syarikat keluarga dan pengendalian majalah USAHAWAN SUKSES sepenuhnya pada tahun 2008. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).




      Nurmilayanti Kamalshah
      Pengurus Grafik
      Memulakan tugas di Pustaka Wira Sdn Bhd pada tahun 1991 mempunyai pengalaman dalam bidang typesetting dan rekabentuk. Diserap sepenuhnya ke Big Step Communication pada tahun 2009, beliau kini mengendalikan majalah USAHAWAN SUKSES dan beberapa buletin korporat yang diusahakan syarikat.






      Surya Hijrawati
      Pengurus pentadbiran &  pengangkutan

      Semenjak diserapkan ke Big Step Communication, beliau diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Korporat dalam segmen Pentadbiran dan pengangkutan.

      PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI