Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Bermula Dari Part-Time, Pengeluaran Mee Meru Cecah 2000kg Sehari

  Demi anak-anak yang masih kecil, Puan Nabisha Ibrahim mengambil keputusan untuk berhenti kerja dalam sektor guaman walaupun pekerjaan ters...

 


Demi anak-anak yang masih kecil, Puan Nabisha Ibrahim mengambil keputusan untuk berhenti kerja dalam sektor guaman walaupun pekerjaan tersebut mempunyai pendapatan yang tinggi. Keputusan berhenti kerja membuatkan jadual harian beliau berubah, daripada menjadi pekerja yang sibuk kepada suri rumah sepenuh masa. Menjadi suri rumah sepenuh masa mempunyai banyak waktu sehinggakan perasaan bosan itu muncul. Masa yang banyak itu membuatkan Puan Nabisha mengambil keputusan untuk mengusahakan produk makanan iaitu mee kuning memandangkan ibu mee kuning merupakan kegemaran ibu beliau.

Pada mulanya, Puan Nabisha menghasilkan mee secara kecil-kecilan dan diberikan kepada ibunya untuk meminta pendapat. Beliau menjadikan ibunya sebagai pengkritik mee yang dihasilkan sebelum beliau menjualnya kepada pelanggan. Selepas dikritik, beliau akan memperbaikinya berdasarkan kritikan ibu beliau.

Dugaan Berlaku Pada Permulaan Bisnes

Yakin dengan mee yang dihasilkan, Puan Nabisha terus membeli mesin membuat mee agar kecekapan dalam mengeluarkan mee lebih cepat dan efektif. Namun semasa menggunakan mesin tersebut, dengan tidak sengaja tangan beliau terseret ke dalam mesin membuat mee yang menyebabkan tiga jari beliau hancur. Walaubagaimanapun, nasib menyebelahi beliau apabila jari Puan Nabisha masih mempunyai sel-sel yang hidup dan mengambil masa 6 bulan agar jari tersebut tumbuh semula.

Sejak kejadian hilang jari, suami Puan Naibisha tidak membenarkan beliau untu berniaga. Oleh kerana keinginan yang kuat, beliau memujuk suaminya dan berjanji akan berhati-hati.

Permulaan yang “Kedua”

Bermula dengan 2 kilogram tepung dan ilmu penggunaan mesin yang baik, Puan Nabisha berjaya menghasilkan 5 paket mee dan hanya dijual kepada orang terdekat. Mee buatan beliau mendapat sambutan kerana mee yang dihasilkan tiada bau kapur. Mee yang unik juga ini tidak mempunyai bahan pengawet dan pewarna tiruan membuatkan mee Puan Nabisha digemari ramai. Permintaan yang meningkatkan membuatkan beliau terus menghantar mee yang diberi jenama Mee Meru dan dihantar terus ke pasar borong yang bertempat di Klang.

Mee Meru Mendapat Tempat Di Hati Pelanggan

Permintaan terus meningkat sehinggakan Puan Nabisha mengeluarkan 2,000 kilogram mee dalam masa 24 jam. Kapasiti kilang hanya mampu mengeluarkan 2,000 kg dalam sehari walaupun permintaan lebih daripada pengeluaran. Permintaan yang meningkat adalah kerana mee yang dihasilkan tidak berbau seperti bau kapur, tekstur yang cantik dan tidak mudah patah. Tambahan pula, mee ini hasil keluaran produk Muslim, oleh itu ia dijamin halal dan tahap kebersihannya.


Rujukan:

https://www.klik.com.my/item/story/14610709/tauke-mi-kental

https://www.hmetro.com.my/hati/2019/04/445536/tauke-mi-kental




No comments

Latest Articles