Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Realiti! Jual Sambal Garing Jana RM1 Juta Sebulan

  Bukan calang-calang usahawan yang mampu mencapai pendapatan RM1 juta dalam masa sebulan. Hanya menghasilkan sambal garing, RM1 juta boleh ...

 


Bukan calang-calang usahawan yang mampu mencapai pendapatan RM1 juta dalam masa sebulan. Hanya menghasilkan sambal garing, RM1 juta boleh diperolehi dalam masa 30 hari sahaja. Begitulah yang terjadi kepada usahawan wanita iaitu Puan Noraida Aznita atau lebih dikenali sebagai Che Nor. Tidak mustahil untuk mendapatkan RM1 juta sekiranya anda tahu cara untuk mencapainya.

Che Nor merupakan pengasas Sambal Garing Che’ Nor yang ditubuhkan pada 1 March 2015 dan ketika itu beliau juga mempunyai Restoran Che’ Nor Cendol Madu yang bertempat di Kota Damansara. Dengan adanya restoran tersebut, sambal Che Nor hanya dijual melalui kaunter restoran sahaja. Penjualan sambal sangat laku pada permulaan jualan sehingga terdapat permintaan daripada pelanggan.

Faktor Che Nor memutuskan untuk berniaga sambal garing adalah kerana beliau merasakan sambal produk yang tahan lama dalam suhu bilik dan tidak mudah rosak. Selain itu, sambal garing juga boleh membuka selera memandangkan rasanya yang pedas sedikit dan sedap. Sambal garing yang dihasilkan oleh Che Nor merupakan resipi turun temurun daripada ibu beliau, lalu beliau menjadikan sambal tersebut sebagai produk makanan untuk perniagaannya.

Demi perniagaan yang dijalankan, Che Nor menjadikan Dr Azizan Osman sebagai mentornya, bahkan Dr Azizan Osman juga melihat potensi yang terdapt pada Che Nor sendiri. Che Nor pernah mengikuti kelas marketing yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman dan terus mengalikasikannya apa yang telah dipelajari. Banyak bisnes yang dijalankan oleh Che Nor pada ketika itu, dan semuanya berjaya kerana ilmu semasa kelas marketing.

Pada tahun 2018, Che Nor telah menyertai seminar Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang dianjurkan oleh Dr Azizan. Che Nor menyertai seminar tersebut kerana sales perniagaan yang dijalankan tidak menunjukkan peningkatan, lalu beliau mengambil keputusan untuk sertai semula program di bawah Dr Azizan Osman. Selepas mengikuti seminar tersebut, sales untuk Sambal Garing Che Nor pecah rekod dengan menghasilkan RM1 juta dalam masa sebulan pada awal 2019.

Seperti yang kita tahu,masyarakat tempatan sangat suka sekiranya ada sambal kerana sambal merupakan penambah rasa dan selera kita. Lagipun, sambal garing juga mudah untuk dihasilkan dan ramai sahaja usahawan sekarang termasuk Che Nor menghasilkan sambal untuk menjana pendapatan. Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi, Che Nor tidak pernah patah semangat dalam memajukan perniagaannya.

Rujukan:

https://richworksnow.com/kunci-utama-macam-mana-sambal-garing-che-nor-buat-sales-rm1-juta-sebulan/

http://chenorfood.com.my/founderstory/



No comments

Latest Articles