Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Start Bisnis Sambal Garing Hanya Bermodalkan RM50

  Sambal merupakan sejenis sos yang diperbuat daripada cili yang telah dihancurkan dan akan ditambah bahan tambahan seperti garam, limau, be...

 


Sambal merupakan sejenis sos yang diperbuat daripada cili yang telah dihancurkan dan akan ditambah bahan tambahan seperti garam, limau, belacan atau cuka. Sambal dijadikan hidangan istimewa bagi warga Indonesia dan Malaysia. Selain menjadi pembuka selera, sambal juga boleh dijadikan produk jualan. Oleh kerana, orang Malaysia gemar makan yang pedas, sambal telah dicipta untuk dijadikan “perasa” agar makanan menjadi lebih sedap untuk dimakan.

Kini, ramai peniaga yang menjalan perniagaan sambal memandangkan ramai yang mencarinya, maka peluang keemasan ini diambil para usahawan untuk membuat inovasi terhadap sambal tersebut. Kepelbagaian rasa sambal membuatkan sambal terhasil dengan rasa yang berbeza tetapi masih menggunakan bahan yang sama iaitu cili memandangkan cili merupakan bahan utama sambal.

Permintaan yang meningkat terhadap sambal membuatkan ibu muda iaitu Saiyidatul Syahirah Jasniey telah mengeluarkan produk sambal garing. Bahan mentah mudah diperolehi memandangkan ayah mertuanya juga merupakan pengusaha dalam pemprosesan ikan bilis. Keputusan untuk mengeluarkan sambal garing adalah kerana beliau melihat lambakan ikan kekek dibuang di pantai dan ini merupakan satu kerugian yang besar bagi penjual ikan.

Dengan modal RM50, Saiyidatul memulakan proses pembuatan sambal garing ikan kekek bersama suaminya dengan menghasilkan 10 botol sebagai permulaan. Beliau menjualnya melalui online memandangkan kaedah tersebut lebih cepat mendapatkan pelanggan. Pada permulaan ini, jualan sambal garing ikan kekek memberangsangkan apabila pelanggan mula membuat tempahan terhadap sambal tersebut.

Permintaan terus meningkat apabila sambal garing Saiyidatul mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan ini membuatkan pelanggan merasa terjamin untuk membeli sambal garing tersebut. Pensijilan halal yang diperolehi membuatkan Saiyidatul ingin meluaskan lagi produk sambal garingya dan berniat untuk memasarkan dengan lebih luas.

Kini, sambal garing ikan kekek lebih dikenali sebagai produk Humey dan berjaya di pasarkan di beberapa negeri serta Singapura. Dianugerahkan Geran Idea Perniagaan dan mendapat wang tunai RM20,000 menjadi batu loncatan untuk Saiyidatul untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Beliau juga telah mampu mengeluarkan 2000 hingga 3000 botol sambal garing dalam masa sebulan. Pengeluaran dibuat berdasarkan permintaan daripada pelanggan.

Boleh jadi menjadi seorang usahawan bukan berfaktor daripada keinginan mendapatkan pendapatan, tetapi dengan adanya rasa tanggungjawab, seseorang boleh menjadi usahawan yang berjaya. Begitulah juga yang terjadi kepada Saiyidatul Shyahirah di mana beliau merasa bertanggungjawab apabila melihat ikan kekek banyak terbuang di pantai Labuan.

 

Rujukan:

https://www.wilayahku.com.my/usaha-produk-sambal-garing/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sambal

https://origin.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2019/09/605865/sambal-ikan-kekek-jana-pendapatan



No comments

Latest Articles