Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Bisnes Dodol Gula Melaka Sehingga 4 Generasi

Raya Aidilfitri pada tahu ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya memandangkan tahun ini dunia telah dilanda oleh wabak penyakit i...


Raya Aidilfitri pada tahu ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya memandangkan tahun ini dunia telah dilanda oleh wabak penyakit iaitu covid-19 yang kini telah diisytiharkan oleh World Health Oranization (WHO) sebagai pandemik. Seperti yang terjadi di Indonesia, cuti raya negara tersebut telah dipindahkan pada hujung tahun ini. Manakala di Malaysia, perayaan Aidilifitri akan diteruskan tetapi perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Walaubagaimanapun, kita di Malaysia masih boleh menikmati makanan tradisional yang selalu dihidangkan pada musim perayaan  umat Islam ini. Dengan adanya pengusaha produk makanan tradisional membuatkan para pengguna dapat menikmati hidangan raya tersebut walaupun duduk rumah.

Puan Ramlah merupakan pengasas Dodol Ramlah sejak tahun 90-an lagi dengan menggunakan peralatan tradisional sahaja tetapi syarikat mula didaftarkan pada 1995. Dodol Ramlah dikenali sebagai produk yang berkualiti memandangkan dodol tersebut mendapat pensijilan halal dari JAKIM, MeSTI dan Melaka Halal Hub (MHH). Kini syarikat Puan Ramlah lebih dikenal sebagai Ramlah Food Enterprise.

Perniagaan turun-temurun ini sehingga sampai ke generasi keempat telah membuatkan perniagaan dodol yang dijalankan sangat terkenal di kawasan Melaka, malah mereka juga mempunyai kilang untuk memproses makanan tradisional tersebut. Terdapat 4 jenis dodol yang diusahakan oleh Puan Ramlah antaranya ialah dodol asli, pandan, durian dan dodol wajik sirat.

Generasi pertama penghasilan dodol ini ialah Hajah Hendon pada tahun 50-an, kemudian diwarisi oleh anak kedua iaitu Hajah Basariah binti Mohd Said. Pada masa itu, Hajah Basariah hanya menjual di kawasan Melaka dan ramai pelanggan yang meminati dodol resepi keluarga tersebut. Selepas itu, Hajah Basariah menurunkan perniagaan tersebut kepada Hajah Ramlah binti Muhamad yang merupakan generasi ketiga.

Generasi ketiga iaitu Puan Ramlah telah membuat revolusi di mana beliau mula mendaftarkan syarikat kepada SSM. Semasa Puan  Ramlah mejadi peneraju Ramlah Food Enterprise, beliau banyak membuat peningkatan dan perubahan setelah mengikuti bimbingan daripada Jabatan Pertanian dalam hal-hal mengurus perniagaan.

Kini, syarikat dodol dimiliki oleh generasi keempat iaitu Encik Najib. Bercerita mengenai kesukaran yang dihadapi, Ramlah Food menghadapi kesukaran membeli santan di mana kos santan lebih tinggi di Malaysia berbanding Indonesia. Penggunaan santan meningkat kerana permintaan pelanggan terhadap dodol yang menggunakan santan dari kelapa tempatan.

Syarikat Ramlah Food Enterprise kini dikenali ramai dan semakin banyak pelanggan yang membelinya serta membuat tempahan, lagi-lagi pada musim perayaan Aidilfitri.


Rujukan:

http://animhosnan.blogspot.com/2019/10/dodol-ramlah-produk-bumiputra.html

http://ramlah-dodolgulamelaka.blogspot.com/2008/03/dodol-gula-melaka.html

http://dodolgulamelaka.blogspot.com/2008/11/sejarah.html



No comments

Latest Articles