Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Wanita Besi Disebalik Maruku

Maruku merupakan makanan ringan yang berasal dari India. Maruku juga makanan tradisional bagi kaum India di Malaysia. Tetapi, ramai sahaja m...




Maruku merupakan makanan ringan yang berasal dari India. Maruku juga makanan tradisional bagi kaum India di Malaysia. Tetapi, ramai sahaja masyarakat Malaysia yang menggemari makanan ringan tersebut tanpa mengira kaum dan agama. Bukan di Malaysia sahaja terkenal, negara jiran juga turut menjadikan maruku sebagai kudapan sehingga ada yang berniaga maruku. Rasanya yang sedapnya kerana maruku diperbuat daripada tepung khas iaitu tepung kacang ulunthu dhal dan tepung beras.

Cara pembuatannya dan digemari ramai telah melahirkan ramai usahawan yang berniaga maruku, bukan sahaja sedap, harga juga berpatutan. Di Malaysia sahaja sangat ramai yang berniaga maruku, sekiranya anda berjalan-jalan, mesti ada maruku dijual oleh peniaga sekitar anda. Banyak sahaja usahawan maruku yang telah berjaya salah satunya ialah Siti Nora Mohamad Noor.

Seorang penerima Anugerah Usahawan Terbaik Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah banyak diduga sepanjang membina karier sebagai usahawan. Wanita kelahiran Pahang merupakan seorang usahawan di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Beliau banyak menerima anugerah sebagai usahawan yang berjaya. Bukan mudah bagi seorang wanita berniaga yang telah mempunyai cahaya mata.

Siti Nora Mohamad Noor yang kini telah memasuki umur 40-an mempunyai kisah hidup tersendiri sebelum bergelar usahawan berjaya kerana usaha beliau dalam perniagaan muruku telah membuahkan hasil yang memberangsangkan, di mana Siti Nora mampu menembusi pasaran luar negara seperti China, Emeriah Arab Bersatu, Singapura dan Indonesia.

Bercerita mengenai dugaan yang dihadapi oleh Siti Nora, beliau pernah di uji pada tahun 2014, di mana bengkel untuk pengeluaran produknya telah dilanda banjir besar yang menyebabkan kerugian besar berlaku. Walaupun diduga sebegitu dan terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu, ia tidak mematahkah semangat Siti Nora kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan membuatkan beliau terus maju.

Perniagaan muruku yang dijalankan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Malaysia dan pasaran luar negara. Hal ini kerana, Siti Nora telah membuat inovasi terhadap maruku di mana beliau telah membuat perasa baru yang ramai diminati oleh masyarakat setempat. Antara perasa tersebut ialah perasa BBQ dan lada hitam. Kedua perasa inilah yang mampu mendapat tempat di hati pelanggan luar negara.

Selain perniagaan muruku, beliau juga menghasilkan beberapa produk yang lain seperti tart nenas, bahulu, kuih bangkit, muffin dan kuih tradisional serta yang moden. Beliau turut dilantik oleh FAMA Pahang sebagai tenaga pengajar untuk kursus membuat kuih tradisional dan moden dengan harapan peserta yang terlibat terutamanya ibu tunggal mampu menjana pendapatan sendiri.


Rujukan

https://www.hmetro.com.my/node/198027

https://ms.wikipedia.org/wiki/Muruku





No comments

Latest Articles