Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Keuntungan Cecah Ratus Ribu Dengan Jual Serunding

  Diasaskan pada tahun 1985, Serunding Ramlah Salleh (RS Serunding) adalah antara jenama terkenal pengusaha serunding di Kampung Laut, Kelan...

 


Diasaskan pada tahun 1985, Serunding Ramlah Salleh (RS Serunding) adalah antara jenama terkenal pengusaha serunding di Kampung Laut, Kelantan. Edaran RS Serunding kini bukan sahaja di sekitar Kelantan, tetapi di seluruh Malaysia dan melepasi sempadan antarabangsa apabila ia sering menjadi bekal mereka ke luar negara.

Serunding Ramlah Salleh atau lebih dikenali RS Serunding merupakan pengeluar serunding yang beroperasi di Kelantan. Lebih 40 tahun RS Serunding telah beroperasi sehingga mereka mempunyai pelanggan tetap dan kini masih menjadi serunding yang diminati oleh pelanggan. Pengasas perniagaan ini ialah Allahyarhamah Ramlah Salleh dan kini telah diusahakan oleh anak beliau, iaitu Mohd Farhan dengan dibantu oleh isteri serta ahli keluarga yang lain. Mohd Farhan mengambil alih perniagaan tersebut kerana ibu beliau telah meninggal beberapa tahun yang lalu kerana keuzuran.

Di Kelantan, perniagaan ini sangat terkenal, lebih-lebih lagi di Kampung Laut kerana di kampung tersebut sangat ramai pengusaha serunding. Tambahan pula, negeri Kelantan merupakan negeri yang menjadi tumpuan pelancong menyebabkan ramai pelancong yang ingin merasa serunding di tempat tersebut, dan ada juga yang membelinya sebagai buah tangan sebelum keluar dari Kelantan.

Pada permulaan berniaga, RS Serunding berada berdekatan dengan Sungai Kelantan sebelum berpindah ke Taman Warisan Jaya dengan membuka kilang pengeluaran serunding memandangkan pada masa kini, perniagaan serunding mereka sangat memberangsangkan. Perpindahan tempat berniaga memberi kelebihan kepada RS serunding kerana tempat mereka lebih efektif yang berdekatan dengan jalan utama Palekbang. Tempat tersebut mudah dinampak oleh pelanggan memandangkan ia di bahagian jalan utama.

Pemprosesan serunding dalam masa sehari sangat banyak, terutamanya pada musim perayaan. Permintaan sangat tinggi pada musim perayaan kerana serunding merupakan makanan yang sentiasa dihidangkan pada musim raya. Tidak lengkap rasanya apabila tidak menghidangkan serunding pada musim tersebut. Terdapt juga yang membuat tempahan lebih awal iaitu sebelum bulan Ramadan dan RS Serunding akan membuat serunding pada bulan puasa tersebut.

Kilang yang besar memberi manfaat kepada mereka kerana dapat mempercepatkan proses membuat serunding dalam kuantiti yang banyak. Dalam masa sehari, RS Serunding akan menggunakan lebih 400 kilogram termasuklah daging, ikan dan ayam. Harga juga berpatutan dengan mempunyai pelbagai harga antaranya serunding daging berharga RM60, daging import dengan harga RM50 dan seterusnya serunding iakn berharga RM40 setiap sekilogram. RS Serunding juga mementingkan kualiti serunding yang dihasilkan di mana mereka akan membuat serunding dengan rasa yang asli.

Alamat: RS Serunding Enterprise, PT 1065, Taman Warisan Jaya Kampung Laut, Jalan Kampung Laut, 16040 Tumpat

No. Telefon: 013-999 0102

Facebook: RS Han Enterprise

Rujukan Link:

https://www.bisnessinar.com/serunding-tradisi-turun-temurun-laku-sepanjang-tahun/

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/05/hud.html



No comments

Latest Articles