Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Bermodalkan RM500, Kini Miliki 100 Rakan Niaga

  Hidup di zaman moden, sudah tentu ramai masyarakat kini menyedari kepentingan untuk mengenali potensi sendiri di samping mengasahnya keran...

 


Hidup di zaman moden, sudah tentu ramai masyarakat kini menyedari kepentingan untuk mengenali potensi sendiri di samping mengasahnya kerana ia mampu mengubah kehidupan diri. Kepentingan untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik menjamin kehidupan dalam jangka masa yang panjang. Begitulah yang dirasai oleh tauke ice blended iaitu Sulaiman Yusof yang merasakan perniagaan adalah cara untuk mengubah hidupnya agar lebih terjamin.

Desakan kehendak yang semakin tinggi, membuatkan Sulaiman mengambil keputusan berniaga ice blended memandangkan perniagaan ini mempunyai risiko kerugian yang rendah. Perniagaan ice blended diinspirasikan daripada sahabat beliau.

Berbekalkan wang tunai RM500, Sulaiman menghasilkan serbuk ice blended sendiri dengan mencipta resipi baru dengan harga RM18 sekilogram. Hasil jualan tersebut dijadikan sebagai modal pusingan sahaja, dan keuntungan yang diperolehi hanya sedikit. Oleh itu, pengasas Feeko Haus Sdn Bhd ini akan mempromosi produk beliau di sekolah, restoran dan memberi ice blended secara percuma sekiranya ada program yang dijalankan di sekitar mereka agar produk beliau lebih dikenali orang ramai.

Memulakan perniagaan sangat mencabar, tetapi Sulaiman menganggap cabaran tersebut sebagai pelajaran untuk menuju hidup yang lebih selesa. Beliau juga hampir berputus asa bilamana produknya masih tidak dikenali ramai, kerana ramai yang beranggapan produk bumiputera kurang berkualiti dengan produk yang lain.Tetapi,beliau tetap sabar dan tidak ingin berputus asa kerana niatnya adalah untuk mengubah hidup sendiri.

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi, Sulaiman mula mengikuti pameran makanan yang diadakan. Dengan langkah itu, produk beliau semakin dikenali lebih ramai orang sehinggakan agensi TEKUN menawarkan pinjaman sebanyak RM40,000 untuk mengembangkan lagi produk ice blended beliau.

Kini, perkembangan perniagaan ice blended semakin dilihat apabila syarikat beliau iaitu Feeko Haus Sdn Bhd mempunyai lebih 100 rakan niaga yang berdaftar di seluruh negara. Selain itu, beliau juga membuat pertambahan perisa ice blended dari 5 perisa kepada 15 perisa. Syarikat Sulaiman juga telah upgrade di mana Feeko turut menyediakan latihan dan rundingan kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan.

Pemilik jenama Feeko ini boleh memberi inspirasi kepada kita di mana beliau tidak mudah putus asa, sikap yang wajib kepada setiap usahawan.

Facebook: Feeko Page

Alamat Perniagaan: 62A Jalan Lagenda Suria 3, Taman Lagenda Suria, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

No. Telefon: 012 237 3044

Rujukan Link:

http://cerita-motivasi-usahawan.blogspot.com/2014/10/kisah-kejayaan-sulaiman-yusof-pengarah.html

http://sitirosnah123.blogspot.com/2010/11/feeko-ice-blanded_09.html

https://hidupringkas.com/keusahawanan/peluang-perniagaan-kecil-dengan-feeko-ice-blend/




No comments

Latest Articles