Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Jual Santan, Kerisik & Dodol Jana Income RM100K Sebulan

  Kerisik dikenali sebagai rempah makanan yang mampu menambah rasa enak pada makanan, terutamanya makanan yang berlemak atau bersantan. Keri...

 

Kerisik dikenali sebagai rempah makanan yang mampu menambah rasa enak pada makanan, terutamanya makanan yang berlemak atau bersantan. Kerisik telah lama dikenali dan dikeluarkan oleh pengeluar melayu sendiri dengan bahan asas iaitu kelapa tua. Umumnya, kelapa juga mempunyai khasiat untuk kesihatan, malah terdapat produk kosmetik yang menggunakan kelapa sebagai bahan asas. Kelapa yang pelbagai guna ini mampu membantu individu menjana pendapatan termasuklah menjadi pengeluar produk makanan iaitu kerisik.

Nama yang tidak asing lagi di Pulau Pinang, Abdul Salam yang pada asalnya mengusaha perniagaan runcit dan seterusnya memiliki syarikat yang telah diperbadankan dengan nama Abdul Salam Food Industries (ASFI) Sdn Bhd. Permulaan berniaga,beliau hanya mengusaha santan sehingga menjadi pengedar utama santan di Pulau Pinang dan memonopoli hampir 70% pasaran santan di Pulau Pinang. Apa yang menariknya, beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran santan terus kepada pelanggan.

Beliau sedar akan kegunaan kelapa selain menghasilkan santan iaitu kelapa boleh menghasilkan kerisik. Kerisik kelapa merupakan makanan tradisi Melayu memandangkan kerisik sering digunakan dalam hidangan masakan Melayu. Tambahan pula, restoran, kedai makan atau hotel juga turut menggunakan kerisik sebagai perasa tambahan makanan. Oleh itu, kerisik berpotensi mendapat di hati pelanggan di samping mempopularkan makanan tradisi tersebut.

Abdul Salam belajar mengenai kerisik sebelum beliau mengeluarkan kerisik agar pengeluaran yang dibuat tidak sia-sia dan membuang masa. Beliau mengambil kesempatan untuk belajar cara pembuatan dan sifat-sifat kerisik. Selepas mendalami ilmu kerisik, beliau terus menghasilkan kerisik kelapa yang diusahakan dibawah Syarikat Tunas Manis Food Industries Sdn Bhd yang bertempat di Pulau Pinang.

Perniagaan kerisik kelapa yang dijalankan mendapat perhatian pelanggan di mana pendapatan beliau meningkat dari RM260,000 setahun kepada RM1.5 juta dalam setahun. Setiap bulan beliau berhasil mencapai lebih 100 ribu pendapatan bagi milik syarikatnya. Hal ini didorong dengan pertambahan produk iaitu kerisik kelapa. Selain itu, ASFI telah memiliki status halal bagi setiap produknya yang sah daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP) membuatkan produk makanan beliau dijamin bersih dan berkualiti. Para pelanggan boleh menggunakannya tanpa ragu-ragu lagi.

Walaupun mempunyai 3 produk iaitu santan, kerisik dan dodol, Abdul Salam tetap menjadikan kerisik sebagai aktiviti perniagaan utama memandangkan ia banyak permintaan dan mudah untuk dihasilkan. Kegigihan beliau dalam mengembangkan perniagaan dapat dilhat di mana beliau akan mengambil langkah dalam mengkaji sesuatu perkara sebelum mencubanya.

Alamat Perniagaan: 86 S, Jalan Kampung Pisang, 11500 Ayer Itam, Penang

No. Telefon: +6012-474 3686 (En. Abdul Salam) +6012-430 3686 (Rohana Binti Noor Ishak)

Rujukan:

https://myinfoabdulsalam.tumblr.com/

https://myinfoabdulsalam.tumblr.com/post/60064059709/latar-belakang-abdul-salam-food-industries-sdn/amp

https://warrior.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=787423&mobile=2



 

No comments

Latest Articles