Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Jeruk Viral Pakai Terendak berseluar Batik, Income Cecah RM5000 Sehari

  Pelbagai usaha dilakukan demi mencari meneruskan kelangsungan hidup. Tambahan lagi, pada zaman sekarang, kebanyakan barang telah naik. Ada...

 


Pelbagai usaha dilakukan demi mencari meneruskan kelangsungan hidup. Tambahan lagi, pada zaman sekarang, kebanyakan barang telah naik. Ada juga barang keperluan yang tidak sesuai dengan harga tersebut. Oleh hal demikian, usahawan telah mencari jalan untuk membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan dan mewujudkan barang perniagaan dengan harga yang berpatutan.

Walaupun hanya berniaga jeruk pelam, pendapatan yang dihasilkan dalam sehari sangat lumayan. Begitulah kisah seorang usahawan muda jeruk mangga, Helmi Haffizudin Suhaimi, pemilik perniagaan Jeruk Pelam Asam Boi Kak Tie. Sentiasa mengambil peluang yang ada, kerana beliau tahu tidak ramai yang dapat menghasilkan jeruk pelam dengan berkualiti dan tahan lama. Cara menghasilkan jeruk agar tahan lama bukan mudah, kerana ia perlu diperam beberapa hari untuk mendapatkan jeruk yang sedap.

Helmi terinspirasi daripada ibunya kerana telah lama berniaga jeruk manga, dan berfikir jeruk mangga akan lebih terkenal sekiranya beliau menjual di persimpangan lampu isyarat dengan mencipta trend terbaru. Pengusaha jeruk iaitu Helmi membuat trend dengan berterendak dan berseluar batik ketika menjual jeruk pelam hasil keluarannya untuk menarik perhatian pelanggan. Trend inilah yang membezakan penjaja jeruk ketika menjual jeruk mangga tersebut. Berterendak dan berseluar batik juga melambangkan mereka merupakan pekerja Jeruk Pelam Asam Boi Kak Tie.

Beliau juga mempunya 30 penjaja yang aktif setiap hari dengan pendapatan yang diperolehi antara RM80 hingga RM200 sehari. Pada awal perniagaan, Helmi hanya mempunyai 2 orang pekerja sahaja sebelum produk makanan beliau terkenal dan mendapat sambutan di kawasan Terengganu itu. Justeru, mangga mempunyai khasiat dan kelebihannya sendiri untuk tubuh badan.

Peluang pekerjaan yang dibuka oleh Helmi membuka ramai orang, lebih-lebih lagi kepada penganggur agar tidak memilih pekerjaan pada masa kini, kerana peluang tersebut jarang ada. Kebanyakan pekerja beliau tergolong belia yang menganggur, suri rumah dan ibu tunggal. Dengan pekerja yang remain, setiap hari Jeruk Pelam Asam Boi Kak Tie mampu dipasarkan sebanyak 500 kilogram dengan harga RM10 sebekas.

Pelanggan jeruk mangga hasil keluaran Helmi telah ramai ekoran trend yang dicipta dan jeruk ranggup serta sedap. Pekerja Helmi juga majoriti anak muda yang ingin menjana pendapatan sendiri. Demikianlah, tauke jeruk mangga yang viral pada masa kini.

Facebook: Asam Boi Kak Tie

Phone: 01117904601

Alamat: Terengganu

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/422410/jaja-jeruk-pelam-pakai-terendak

https://www.malaysiakini.com/news/463615



 

No comments

Latest Articles