Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Jual Nasi Lemak Seringgit, Pendapatan Cecah RM400K Sebulan

  Dunia bisnes semakin meluas pada masa kini, tidak mengira mempunyai wang yang cukup atau tidak. Tetapi, atas dasar minat yang mendalam ter...

 


Dunia bisnes semakin meluas pada masa kini, tidak mengira mempunyai wang yang cukup atau tidak. Tetapi, atas dasar minat yang mendalam terhadap perniagaan, halangan yang dihadapi diambil sebagai cabaran untuk mencapai matlamat. Minat juga dapat membantu seseorang untuk mengasah bakat yang terpendam dan seterusnya membawa kepada perubahan yang baik kepada kehidupan masing-masing.

Mengikuti kisah seorang tauke nasi lemak kukus yang kini viral kerana telah menjana pendapatan RM400,000 dalam masa sebulan. Perniagaan yang mula dibuka pada tahun 2009, dan kini telah memasuki lebih 10 tahun beroperasi. Dikenali sebagai Puan Saleha Abdullah berikutan dengan nama restorannya iaitu Nasi Lemak Saleha yang kini mempunyai beberapa cawangan.

Minat yang mendalam terhadap dunia bisnes, membuatkan Puan Saleha mula berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan dengan sokongan daripada suami beliau. Pada tahun 2009, Puan Saleha berniaga bersama arwah ibu beliau dengan sebuah kedai makan kecil sahaja. Walaupun sudah melebihi 10 tahun, Nasi Lemak Saleha tetap menjadi pilihan ramai kerana harga yang sangat murah dan rasanya yang sedap.

Berbekalkan modal sendiri iaitu RM3000 tanpa membuat pinjaman daripada sesiapa ataupun agensi lain, Puan Saleha membuka kedai kecil dan mengurus kewangan secara konsisten. Hasilnya, nasi lemak beliau telah mendapat tempat di hati pelanggan dan mempunyai pekerja seramai 20 pekerja pada permulaan berniaga. Pekerja Puan Saleha termasuklah anak-anak beliau.

Kejayaan dengan cabaran lebih menguatkan lagi Puan Saleha kerana beliau pernah diuji ketika berniaga Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah merampas kerusi dan meja atas sebab tertentu. Tetapi kini, beliau telah memiliki bangunan sendiri yang terletak di Sri Rampai, Wangsa Maju dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan SMECorp Malaysia. Bangunan yang bernilai RM3.8 juta ini dijadikan sebagai syarikat pusat bagi Nasi Lemak Saleha.

Kejayaan yang dicapai sehingga menjana pendapatan RM400,000 merupakan bimbingan di bawah Program INSKEN yang diikuti oleh anak lelaki Puan Saleha iaitu Muhammad Rizal, yang juga merupakan seorang bekas doktor. Kejayaan juga adalah dengan strategi pemasaran yang dipelajari dalam Program INSKEN yang seterusnya membawa perkembangan dalam perniagaan nasi lemak tersebut.

Kini, perniagaan Puan Saleha semakin berkembang dengan memiliki 60 orang pekerja dan 2 cawangan iaitu di Sri Rampai Kuala Lumpur dan Ampang. Menu yang disediakan juga pelbagai dengan harga yang berpatutan iaitu tidak lebih dari RM3 sebungkus nasi lemak.

Alamat Perniagaan:
No. 2 Jalan Seri Rejang 4, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia, 53300

Nasi Lemak Saleha Ampang, No. 3, Jalan Pandan Prima 1, Dataran Pandan Prima, Ampang, Malaysia, 68000

No. Telefon: 017 747 0100

Website: https://www.nasilemaksaleha.com/

Facebook: Nasi Lemak Saleha

Rujukan:

https://forum.lowyat.net/topic/4773322/all

https://siakapkeli.my/2020/02/12/videotinggal-kerjaya-demi-bantu-ibu-jual-nasi-lemak-bekas-doktor-ini-tak-sangka-rezeki-mencurah-curah/

https://kotakmedia.trade/perkongsian/bermodalkan-rm3000-wanita-ini-raih-hampir-rm400000-sebulan-jual-nasi-lemak/6621/



No comments

Latest Articles