Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Jualan Santan Tanpa Pengawet, Cecah Beribu Kilogram Dalam Sehari

  Santan yang dihasilkan daripada isi kelapa merupakan bahan tambahan untuk membuatkan makanan berlemak dan sedap. Santan merupakan cecair b...

 


Santan yang dihasilkan daripada isi kelapa merupakan bahan tambahan untuk membuatkan makanan berlemak dan sedap. Santan merupakan cecair berwarna putih susu sangat popular di Malaysia, malahan negara luar juga menggunakan santan sebagai perencah tambahan. Pada zaman dahulu, santan diperolehi dengan membuatnya sendiri iaitu dengan mendapatkan perahan isi kelapa tua selepas diparut. Dengan beredarnya zaman, santan yang diproses dengan cara tradisional, kini telah menggunakan mesin yang berteknologi agar pemprosesan santan lebih cepat dan efisien. Banyak mesin pemerah santan yang terdapat di pasaran dengan harga yang berpatutan dan barang berkualiti. Mesin ini sesuai dimiliki oleh setiap pengusaha santan yang aktif.

Menjelang hari raya, permintaan santan akan mendadak naik kerana umumnya orang Melayu akan menggunakan santan dalam hidangan seperti masakan rendang, kuah kacang, dan sebagainya. Seperti yang dialami oleh pengusaha santan iaitu Ramli Yunus, menyediakan sebanyak 6,000 biji kelapa tua untuk menghasilkan santan yang ditempah oleh pelanggan. Kelapa sebanyak 6,000 itu habis begitu sahaja dalam tempoh dua hari ketika musim perayaan Aidilfitri hampir tiba.

Pada hari biasa, Ramli hanya menggunakan 5,000 biji kelapa dalam masa dua minggu, berbanding pada musim Aidilfitri, 5,000 biji sahaja tidak cukup dalam masa 3 hari malah 6,000 biji kelapa digunakan dalam masa dua hari. Dalam sehari, Ramli akan menghasilkan santan sebanyank 1,200 hingga 1,500 kilogram untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan harga RM11 sekilo. Pendapatan seharian boleh mencecah ribuan ringgit membuktikan perniagaan santan merupakan perniagaan kecil dengan keuntungan yang lumayan.

Mengenai bekalan kelapa, Ramli akan membeli kelapa yang siap dikupas daripada pembekal dengan harga jualan RM1.60 hingga RM1.90 dan mengelakkan untuk membeli kelapa yang belum dikupas. Perniagaan santan yang berusia 4 tahun ini dibantu oleh isteri serta anak beliau untuk melancarkan lagi pemprosesan santan beliau. Walaupun perniagaan masih muda, tetapi pelanggan tetap telah ada dan memudahkan lagi untuk Ramli Yunus meneruskan perniagaan santan memandangkan santan tidak dimamah zaman, kerana ia tetap dicari oleh pelanggan.

Perniagaan santan Ramli Yunus sangat terkenal di Alor Gajah, Melaka. Sehingga kini, santan beliau tetap menjadi pilihan pelanggan kerana keaslian rasa santan tetap ada tanpa bahan pengawet. Perniagaan Ramli hanya di buat dari rumah sahaja tanpa mempunyai premis dan mempunyai seorang pekerja.

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/05/564892/6000-kelapa-untuk-dua-hari

https://ms.wikipedia.org/wiki/Santan



No comments

Latest Articles