Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Penjual Tebu Sukses! Jana RM24K Sebulan

  Tebu merupakan tumbuhan   yang panjang seperti bambu dan mempunyai ketinggian 2 hingga 6 meter. Tebu sering digunakan untuk pengeluaran gu...

 


Tebu merupakan tumbuhan  yang panjang seperti bambu dan mempunyai ketinggian 2 hingga 6 meter. Tebu sering digunakan untuk pengeluaran gula dan mempunyai banyak khasiat kepada tubuh manusia seperti membantu meningkatkan metabolisme dan membantu pencernaan. Tebu juga mempunyai pelbagai jenis seperti tebu telur,tebu kuning dan tebu hitam. Tebu juga boleh dijadikan sebagai bisnes produk minuman kerana ia mempunyai khasiat tertentu dan nikmat diminum ketika musim panas. Masa kini, ramai pengusaha tebu mulai menanam tebu dan dijadikan jus minuman untuk dipasarkan.

Seperti yang dialami oleh pengusaha tebu, Mohd Jaafar yang kini telah memasuki usia 50-an memulakan perniagaan dengan menjual air tebu di mana beliau turut menanam tebu di kawasan kebunnya. Beliau pernah mengalami kerugian pada tahun 2011 di mana kedainya terbakar yang menyebabkan semua barang jualan serta peralatan turut terbakar, bahkan pinjaman sebanyak RM20,000 juga musnah pada kejadian kebakaran tersebut.

Selepas kebakaran tersebut, Mohd Jaafar tidak putus semangat dan memulakan perniagaan dari bawah semula dengan bantuan daripada pelbagai agensi seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang, kerajaan dan pusat zakat. Dengan bantuan daripada agensi terlibat, Mohd Jaafar dapat membina semula perniagaan tebu tersebut.

Selain itu, Mohd Jaafar turut mendapat bantuan daripada AZAM Tani seterusnya dibimbing dalam menguruskan perniagaan tebu tersebut. Bimbingan tersebut dibuat agar beliau dapat mengurus dengan baik dan menjana pendapatan yang lumayan. Walaupun terpaksa bermula dari bawah, perjalanan perniagaan berjalan lancar dan pelanggan terus mengunjungi kedainya.

Pada permulaan berniaga, beliau mampu mencapai pendapatan dari RM1,000 hingga RM3,000 dalam masa seminggu dan meningkat pada minggu seterusnya iaitu RM6,000 seminggu. Ini membuktikan bahawa usaha Mohd Jaafar tidak sia-sia untuk memulakan semula perniagaannya kerana beliau mempunyai kelebihan iaitu mempunyai pelanggan tetap yang sering membeli barang jualan daripada beliau. Selain air tebu, beliau juga menjual bekalan pisang kerana di kawasan tempat tinggal beliau, penduduk setempat sering mencari pisang untuk hidangan majlis-majlis tertentu.

Mohd Jaafar kini dikenali sebagai usahawan tani yang berjaya yang pernah diiktiraf oleh bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak. Kegigihan Mohd Jaafar dalam membangunkan semula perniagaannya telah menarik perhatian bekas perdana menteri tersebut. Beliau boleh dijadikan contoh sebagai usahawan tani dimana beliau berniaga air tebu hampir 20 tahun dengan bekalan tebu diperoleh daripada kebunnya sendiri.

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3190/2017/05/286324/bantuan-pelbagai-agensi-jadikan-mohd-jaafar-usahawan-tani-berjaya

https://www.klik.com.my/item/story/6414250/bantuan-pelbagai-agensi-jadikan-mohd-jaafar-usahawan-tani-berjaya

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tebu



No comments

Latest Articles