Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Jutawan Ziza Ayam Proses

  Pemilik Ziza Ayam Proses, Wan Azizah Wan Salleh menjadi tumpuan ramai apabila nama beliau disebut oleh bekas Perdana Menteri, Dato' Se...

 



Pemilik Ziza Ayam Proses, Wan Azizah Wan Salleh menjadi tumpuan ramai apabila nama beliau disebut oleh bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu sebagai antara seorang usahawan berjaya dengan pinjaman modal permulaan RM500 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada tahun 1993.

Wan Azizah Wan Salleh dan suaminya Mat Yazid Jusoh adalah pasangan suami isteri yang hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keadaan yang sedemikian itu menjadikan Wan Azizah atau lebih mesra dipanggil Kak Wan tidak berputus asa untuk mengubah hidup dan masa depan keluarga.

Hasil pendapatan sebagai petani tidak memberangsangkan Kak Wan. Oleh itu, beliau memikirkan cara bagaimana hendak mendapatkan hasil pendapatan yang lebih baik. Setelah beberapa lama, akhirnya Kak Wan menemukan idea untuk menjual ayam.

Pada awal perniagaan, Kak Wan membeli 100 ekor ayam hidup dan dipelihara di reban yang dibina di belakang rumah mereka. Mereka akan menjual lima ekor ayam sehari ke sekitar kampung dengan menaiki motosikal yang sudah usang. Panas dan hujan tidak menjadi penghalang untuk mereka berhenti berniaga.

Semakin hari, permintaan ayam semakin meningkat. Kak Wan bingung bagaimana harus mendapatkan modal yang lebih banyak untuk mendapatkan bekalan ayam. Mujurlah, pada ketika itu ada seorang kawan yang memperkenalkan AIM kepada Kak Wan. Kak Wan berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM500 daripada AIM. Pinjaman itu digunakan untuk membeli bekalan ayam.

Kak Wan mengakui beliau tidak mempunyai pengalaman memproses ayam. Oleh itu, luka pada jari dan tangan adalah perkara biasa bagi seorang yang baru belajar memproses ayam. Dalam hal ini, Kak Wan dibantu oleh suaminya yang melakukan penyiangan ayam.

Jika dahulu, Kak Wan dan suami yang harus mencari pelanggan, kini situasi itu sudah terbalik. Pelanggan pula yang mencari mereka.

Permintaan ayam yang semakin hari semakin meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Kak Wan tidak pernah 'bercuti' daripada bekerja. Ketika itu, dapat dilihat pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membeli ayam. Situasi ini menguatkan azam beliau untuk meluaskan perniagaan mereka.

Kak Wan melakukan beberapa kali pinjaman daripada AIM sehingga mencecah RM50,000 dan mula mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal. Dengan modal itu, Kak Wan membina sebuah kedai yang lebih besar dengan nama 'Ziza Ayam Proses' dan mula mengupah tiga orang pekerja untuk membantunya menyiang dan menghantar bekalan ayam ke tempat-tempat yang ada permintaan.

Selepas lebih 20 tahun berniaga, Kak Wan kini mempunyai sembilan orang pekerja. Daripada rumah sewa kecil, Kak Wan berjaya membina sebuah rumah yang selesa buat keluarganya.

Ibu kepada enam orang anak ini banyak menerima pengikhtirafan daripada pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Antaranya ialah Anugerah Sahabat Berjaya Kebangsaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Anugerah Usahawan Berjaya AIM Peringkat Nasional 2007, dan banyak lagi. Berkat dari titik peluh Kak Wan dan suami, mereka berjaya mencipta nama di hadapan umum.

Pengikhtirafan itu menjadi suntikan untuk mereka melangkah dengan lebih jauh dalam bidang ekonomi. Mereka juga berusaha membantu seramai 1500 orang ahli AIM di Kok Lanas, Kota Bharu dan Banir Belikong, Pasir Putih.


Rujukan

https://m.malaysiakini.com/news/399939

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/342809/najib-kagum-dengan-kak-wan

No comments

Latest Articles