Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Kisah Inspirasi Pemilik UK Ice Blendz

  Anak kelahiran Kelantan, Ahmad Muzakkir merupakan usahawan ice blended sejak tahun 2004 lagi dan kini telah menjadi Pengarah Urusan UK Ice...

 


Anak kelahiran Kelantan, Ahmad Muzakkir merupakan usahawan ice blended sejak tahun 2004 lagi dan kini telah menjadi Pengarah Urusan UK Ice Blendz Sales & Marketing iaitu syarikat beliau sendiri. Kisah usahawan ice blended ini boleh menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana perniagaan yang dianggap kecil ini juga mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan, dan seterusnya boleh membina syarikat sendiri.

Pada permulaan membina kerjaya sebagai usahawan, Muzakkir menggunakan wang sendiri untuk dijadikan modal awal sebanyak RM3,000 untuk menjalankan perniagaan ice blended beliau di Pasar Malam Taman Melawati. Tetapi, untuk mendapatkan tapak berniaga di pasar tersebut tidak mudah kerana Muzakkir sahaja memerlukan dua bulan untuk memperoleh tapak sendiri dan tapak tetap untuk perniagaannya.

Pahit getir banyak dialami oleh beliau sebagai usahawan ice blended di pasar tersebut. Muzakkir akan berniaga di pasar tersebut sebanyak 3 minggu sekali. Semasa menjalankan perniagaan ice blended ini, beliau juga bekerja di bank tetapi pendapatan tidak memuaskan memandangkan kos sara hidup pada masa kini semakin tinggi. Faktor kos sara hidup tinggi dengan gaji yang rendah membuatkan beliau berfikiran lebih terbuka untuk berniaga. Hasil berniaga ice blended, Muzakkir boleh menjana pendepatan mencecah ribuan ringgit sebulan, malah ia lebih tinggi daripada gaji semasa beliau bekerja di bank.

Oleh hal demikian, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi fokus terhadap perniagaannya. Muzakkir melihat perniagaan lebih banyak faedah dalam menghasilkan pendapatan berbanding bekerja makan gaji. Bukan sahaja dapat menghasilkan pendapatan sendiri, Muzakkir juga berjaya membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat yang menganggur serta mencipta peluang perniagaan bagi golongan berpendapatan rendah.

Muzakkir menggunakan jenama UK Ice Blendz untuk perniagaan ice blended yang diusahakannya. Maksud UK merujuk kepada Ulu Kelang memandangkan Ulu Kelang asal usul perniagaan tersebut. Jenama unik yang dihasilkan oleh beliau membuatkan para pelanggan tertarik dengan ice blended beliau, bukan sahaja jarang didengar, tetatpi jenama tersebut mudah untuk diingati.

Kini, UK Ice Blendz telah dikenali ramai. Perniagaan ini menggunakan konsep “Ready2Biz” di mana sesiapa yang yang menyertai UK Ice Blendz, hanya perlu mencari lokasi perniagaan tanpa modal dan risiko yang tinggi. Muzakkir sebagai pengarah syarikat mewujudkan konsep ini untu memberi keuntungan dan pulangan yang besar seterusnya membantu golongan yang berpendapatan rendah. Kos kerugian juga sangat rendah, kerana bahan asas iaitu ketulan ais yang berharga RM4.50 mampu menghasilkan 100 cawan ice belnded.

Perniagaan beliau semakin berkembang, di mana penjualan terdapat di Brunei dan Singapura selain Malaysia dan mempunyai 1,300 pengusaha yang berdaftar sebagai rakan niaga UK Ice Blendz.

Websitehttp://ukiceblendz.blogspot.com/

Facebook: UK Ice Blendz اوق اچ بلينذ

Alamat Perniagaan: No. 283, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

No. Telefon: 03-4011 2183

Rujukan Link:

https://www.bharian.com.my/node/84893

http://ukiceblendz.blogspot.com/

https://www.bisnessinar.com/uk-ice-blendz-cari-rakan-niaga/



No comments

Latest Articles