Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Tauke Jeruk Dari 100kg Sebulan, Kini Cecah 5000kg

  Memonopoli perniagaan jeruk di Pulau Pinang membuatkan Abdul Latif atau lebih dikenali Pak Latif terkenal di negeri itu. Beliau pada awaln...

 


Memonopoli perniagaan jeruk di Pulau Pinang membuatkan Abdul Latif atau lebih dikenali Pak Latif terkenal di negeri itu. Beliau pada awalnya hanya bekerja sebagai pemandu lori sebelum memberi fokus terhadap perniagaan jeruk buahnya. Bekerja sebagai pemandu lori banyak pengalaman yang diperolehinya dimana, Pak Latif juga terlibat dalam proses menjeruk buah dan seterusnya memasarkan produk tersebut.

Pak Latif juga sedar bukan mudah untuk mendapatkan resepi membuat jeruk yang kebanyakannya di kuasai oleh masyarakat bukan Melayu. Pada tahun 80-an, tidak mudah untuk mencari pengusaha jeruk Melayu walaupun majoriti orang Melayu sangat menggemari jeruk. Oleh hal demikian, Pak Latif merasa bertanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk menjadi pengeluar terbesar jeruk bagi masyarakat Melayu.

Tambahan pula, tauke jeruk tempat di mana Pak Latif bekerja sebagai pemandu lori telah memberi offer kepada beliau untuk memiliki perniagaan jeruk tersebut dengan syarat Pak Latif mesti membeli peralatan jeruk daripada tauke Pak Latif. Sebaik sahaja bersetuju, Pak Latif terus belajar cara untuk menjeruk buah-buahan. Mempelajari membuat jeruk yang tahan lama bukan mudah, kerana Pak Latif melakukannya secara “try and error”, terus mencuba sehingga berjaya.

Pernah juga pelanggan memulangkan semula jeruk Pak Latif kerana jeruk tersebut tidak tahan lama, iaitu tidak bertahan kurang daripada sebulan kerana jeruk yang berkualiti dan baik mampu bertahan sehingga 4 bulan. Kerugian juga pernah berlaku apabila jeruk berharga RM5,000 hingga RM6,000 telah dibuang kerana tidak menjadi dan tidak dapat digunakan lagi.

Oleh hal yang demikian, Pak Latif mengambil keputusan untuk mengikuti kursus mengenai pengendalian bahan kimia dalam pemprosesan jeruknya. Beliau turut mengikuti kursus anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk meningkatkan lgi pengetahuan beliau seterusnya mengaplikasikan terhadap produk jeruknya. Beliau juag belajar proses menggaram, menggula dan memeram jeruk tersebut, sukatan yang betul mampu menghasilkan jeruk yang berkualiti dan tahan lama.

Selepas mengetahui proses penjerukan dengan teliti, Pak Latif mula menghasilkan jeruk dengan 100 kilogram sahaja, dan seterusnya bertambah apabila beliau mampu menghasilkan jeruk tahan lama dan semakin banyak pelanggan. Kini, beliau mampu menghasilkan jeruk sebanyak 15 tan dalam masa sebulan sahaja. Walaupun telah berusia, Pak Latif tetap memantau perniagaan jeruknya yang kini diusahakan oleh anak beliau.

Alamat: Jeruk Pak Latif Enterprise, No. 2395, Cherok To’ Kun Atas, Bukit Mertajam.

No. Telefon: 019 – 444 9127

Facebook: Jeruk Pak Latif

Rujukan Link:

http://jerukpaklatif.blogspot.com/2011/01/pak-latif-tauke-jeruk-melayu-pulau.html

https://www.buletinmutiara.com/teliti-tekun-jujur-intipati-kejayaan-pak-latif-jeruk/



No comments

Latest Articles