Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Jutawan Cili Boh: Pengeluaran Cecah 3 Tan Sehari

  Alinah Karim Sdn Bhd diasaskan oleh Alinah Binti Mohd Karim pada tahun 2006. Syarikat ini diwujudkan untuk meningkatkan kemampuan pengelua...

 


Alinah Karim Sdn Bhd diasaskan oleh Alinah Binti Mohd Karim pada tahun 2006. Syarikat ini diwujudkan untuk meningkatkan kemampuan pengeluaran jenama sendiri milik bumiputera di kalangan masyarakat melayu di Malaysia dengan visi membekalkan produk yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan utama rakyat.

Melihat Cili Boh Satu Keperluan

Pada tahun 2000, Puan Alinah pernah bekerja di sebuah kedai makan dan menyedari cili boh menjadi keperluan dalam semua restoran ataupun hotel. Beliau menyedari cili boh sangat penting dalam setiap hidangan yang melibatkan masakan pedas.  Sekarang pun, kita dapat lihat penggunaan cili boh banyak digunakan dalam hidangan, bukan sahaja restoran atau hotel, malahan ia digunakan untuk dihidangkan kepada keluarga atau sahabat, digunakan dalam majlis atau acara. Dalam rancangan TV masakan juga, cili pasti akan ada dalam setiap masakan. Tambahan pula, orang Malaysia sangat sukakan makanan pedas.

Menyambung Apa Yang Ditinggalkan

Selain menyedari keperluan dan keistimewaan cili boh, Puan Aslinah mengambil keputusan untuk mengusaha cili boh kerana ayah beliau iaitu Encik Mohd Karim pernah mengusahakan perniagaan cili boh pada tahun 80-an tetapi terkubur begitu sahaja, tiada penerus, dan Puan Aslinah ketika itu masih berumur 15 tahun. Oleh itu, beliau menyambung apa yang ayah beliau usahakan pada waktu dahulu. Puan Aslinah memulakan perniagaan cili boh secara kecil-kecilan di mana beliau sendiri yang melakukan semua perkara termasuklah menghantar cili boh tersebut kepada pelanggan.

Mendapat Pinjaman TEKUN

Pada permulaan perniagaan, TEKUN telah memberi pinjaman kepada Puan Aslinah agar perniagaan yang dijalankan lebih berkembang lagi. Malah, beliau turut sertai kursus Penjenamaan dan Pelabelan anjuran TEKUN untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai perniagaan yang dijalankan. Kursus yang diikuti membantu beliau untuk mengurus cili boh dengan lebih baik. Syarikat ini mula mengedarkan cili boh hanya di kawasan Melaka sahaja pada ketika itu.

Meletakkan Target Sebagai Pembakar Semangat

Dari awal lagi Puan Alinah membuat target setiap hari sebagai pembakar semangat beliau, dari 3 kilogram cili boh kepada 3 tan cili boh yang dapat dihasilkan dalam masa sehari. Perniagaan semakin meningkat sehinggakan terdapat syarikat yang menawarkan beliau sebagai pembekal mereka. Puan Alinah menggunakan cili yang berkualiti dan tidak menggunakan bahan pengawet untuk memastikan cili boh tahan lama.

Rancangan Masa Depan

Puan Alinah ingin melihat pengeluaran cili boh meningkat dari 3 tan kepada 20 tan sehari untuk seluruh Malaysia kerana pengeluaran di Melaka sahaja sudah mencapai 3 tan, oleh sebab itu beliau meletakkan target untuk menghasilkan 20 tan di seluruh Malaysia. Syarikat turut menawarkan perkhidmatan pemprosesan cili boh jenama sendiri untuk membantu peniaga yang tidak mempunyai kilang.

Rujukan:

https://www.youtube.com/watch?v=TnDojY2mp-c

https://www.krissmerah.com/2019/08/cili-boh-asli-alinah-karim-kualiti.html



No comments

Latest Articles